Monday, July 2, 2018
Sunday, July 1, 2018
Dermags ni sesuai untuk jenis kulit yang mcm mana?
JAWAPAN:
Dermags sesuai digunakan oleh kulit normal, kering, ataupun
berminyak.
PENERANGAN LANJUT daripada DR MARIANI ABDUL HAMID:
Pemilihan skincare product yang betul adalah sangat penting
bagi memastikan masalah kulit yang dihadapi (jerawat/jeragat/kusam/tona tak
sekata/parut jerawat/etc) dapat diatasi dengan berkesan.
Contohnya, produk yang melembapkan kulit tidak sesuai
digunakan oleh pengguna yang mengalami masalah jerawat kerana boleh meningkatkan
kandungan sebum, & seterusnya mengembang biakkan jerawat yang ada. Begitu
juga dengan masalah jeragat. Jeragat tidak sesuai dengan produk yang
mengeringkan kulit kerana kulit kering adalah sahabat baik kepada jeragat.
Kami faham ramai pengguna yang mengalami masalah untuk memilih
produk yang betul kerana kelembapan kulit manusia tidak bersifat statik. Ada
ketikanya kulit boleh menjadi kering, berminyak, ataupun normal bergantung pada
beberapa faktor seperti perubahan corak pemakanan, keadaan persekitaran, atau
gaya hidup.
Keadaan ni secara asasnya memerlukan pengguna berbelanja
lebih supaya dapat menggunakan set skincare yang sesuai untuk digunakan pada
keadaan kulit yang berbeza.
Bagi mengatasi masalah ini, Dermags dihasilkan supaya dapat
memenuhi keperluan ketiga-tiga jenis kulit ini. Ini bermakna anda tak perlu
risau lagi sekiranya kulit anda agak berminyak pada minggu ini, tetapi terasa
kering pada minggu hadapan.
Anda hanya perlu bijak menyesuaikan penggunaan 5 item asas
Dermags (Cleanser, Softener, Serum, Moisturizer & Cream) mengikut keadaan
semasa kulit anda.
🌸Ketika kelembapan kulit
anda berkeadaan NORMAL🌸
Anda boleh menggunakan keempat-empat item mengikut turutan
ini:
Cleanser ~ Softener ~ Serum ~ Cream
🌸Ketika merasakan kulit
anda KERING🌸
Anda hanya perlu langkau sementara penggunaan softener,
& gunakan 4 item lain mengikut turutan ini:
Cleanser ~ Serum ~ Moisturizer ~ Cream
🌸Ketika merasakan kulit
anda BERMINYAK🌸
Anda hanya perlu hentikan sementara penggunaan cream, &
gunakan 3 item lain mengikut turutan ini:
Cleanser ~ Softener ~ Serum
5 CARA ATASI PUNCA JERAGAT YANG PERLU DIKETAHUI
1. MATAHARI
Elakkan diri dari cahaya matahari. Jika perlu bekerja dan perlu
terdedah kepada cahaya matahari, cari produk yang dapat lindungi kulit wajah
dari cahaya matahari.
Guna produk yang mempunyai SUN PROTECTOR FACTOR (SPF).
Seeloknya produk yang diyakini dan selamat.
2. KEHAMILAN
Sewaktu kehamilan, hormon mula berlaku perubahan. Orang
hamil memang istimewa. Macam-macam perkara luar biasa boleh berlaku.
Selepas kehamilan, jika jeragat masih ada, boleh cuba
gunakan serum. Serum boleh membantu menguatkan sel kulit dari dalam.
Seeloknya, serum tersebut ada alpha-mags. Alpha-mags adalah
sejenis bahan aktif yang dapat mengurangkan penghasilan melanin.
3. RAWATAN HORMON
Setelah menggunakan pil perancang, hormon akan berlaku
perubahan. Ketika ini, emosi juga mungkin boleh terganggu. Tambah lagi dengan
karenah anak kecil yang pelbagai, cukup untuk buat rasa stress dan penat.
Tiada cara lain. Cuba kawal emosi. Usah stress dengan
anak-anak. Sentiasa baca tips-tips parenting supaya tahu kenapa anak mengamuk,
kenapa anak selerakkan mainan dan sebagainya.
Bila tahu tentang psikologi anak, keadaan akan jadi lebih
tenang dan pasti dapat kawal emosi dengan lebih baik.
4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH
Perlu ubah mindset dalam diri. Tak ada yang segera dalam
dapatkan hasil. Kulit wajah ada fisiologinya. Ada jangka masa tertentu untuk
sel kulit menjadi sel mati.
Usah terpedaya dengan iklan yang HYPE. Guna hari ni, esok
terus nampak hasil. Guna hari ni, lusa dah pudar. Semua itu melanggar fisiologi
kulit.
Gunalah produk semulajadi. Kesannya memang lambat tetapi
selamat. Itu yang paling penting. SELAMAT!
Berhenti tukar- tukar produk. Kesian kat kulit wajah.
Sekejap produk tu, sekejap produk ni. Kulit wajah pun boleh terganggu dengan
penukaran produk yang kerap.
5. PENJAGAAN MUKA YANG TAK BERTERUSAN
Sekali lagi, mula rasa tak sempat. Anak dah masuk tiga. Rasa
tak ada masa. Anak adalah faktor luaran yang tak boleh diubah. Ubah diri
sendiri.
Buat satu rutin dan cuba disiplinkan diri. Bersihkan wajah
secara konsisten. Satu pagi, satu malam contohnya. Ataupun boleh bersihkan
wajah setiap kali ambil wuduk.
Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Ingat! Wajah bukan
boleh ditukar ganti. Lebih baik bermula sekarang daripada biarkan jeragat
semakin teruk.
Itulah antara 5 punca jeragat dan 5 cara atasi untuk ibu
yang ada anak tiga. Usah bertangguh. Atasi punca jeragat dari awal.
Kongsilah tips ini kepada ibu-ibu lain juga. Mungkin 5 tips
ini bermanfaat juga kepada ibu-ibu lain.
5 PUNCA JERAGAT YANG PERLU DIKETAHUI
1. MATAHARI
Cahaya matahari mengandungi sinar UVA dan UVB. UVA boleh
merosakkan sel bawah kulit manakala UVB pula merosakkan sel luar kulit.
Sebenarnya kulit secara semulajadi akan menghasilkan melanin
untuk melindungi kulit dari sinar UV. Melanin ini berwarna gelap kerana warna
gelap menyerap UV lebih sedikit berbanding warna cerah.
Melanin baik untuk kulit wajah. Masalah muncul bila melanin dihasilkan
terlalu banyak dan menjadi bertompok-tompok.
2. KEHAMILAN
Ketika hamil, hormon akan menjadi tak menentu. Perubahan
hormon juga boleh menyebabkan jeragat.
Setengah jeragat akan hilang selepas kehamilan. Tetapi ada
juga yang terus mengalami masalah jeragat selepas kehamilan.
3. RAWATAN HORMON
Perubahan hormon juga berlaku apabila mengambil pil hormon
ataupun pil perancang. Tujuannya mungkin nak kawal kehamilan selepas anak
ketiga dan perlu menggunakan pil perancang.
Hormon yang tak seimbang ataupun perubahan hormon ini juga
boleh menyebabkan jeragat terjadi.
4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH
Mula kekurangan masa apabila anak mula ramai. Mula nak cepat
dalam melakukan sesuatu perkara. Nak cepat cantik. Nak cepat bersih dan
macam-macam lagi.
Ketika ini, mula memilih produk yang salah. Hingga tersalah
pilih produk yang ada bahan kimia bahaya. Mungkin juga selalu tukar-tukar
produk.
5. PENJAGAAN MUKA YANG TAK BERTERUSAN
Kerana sibuk dengan karenah anak-anak, mula abaikan
penjagaan wajah. Tak jaga kebersihan wajah. Rasa tak sempat. Rasa tak perlu.
Jika bekerja, balik rumah selepas kerja dan terus tidur
kerana penat. Sikap sambil lewa dalam penjagaan wajah juga boleh menyebabkan
jeragat.
Punca jeragat sudah diketahui. Jika ingin selesaikan masalah
jeragat, perlu tahu cara untuk atasi punca jeragat.
Saturday, June 30, 2018
KULIT MUKA ROSAK TERUK SELEPAS GUNA PRODUK LAIN. BOLEHKAH DERMAGS PULIHKAN KEMBALI? BAGAIMANA DAN BERAPA LAMA?
- Kulit muka rosak teruk jika menggunakan produk yang mengganggu fisiologi kulit. Kulit muka jadi semakin gelap. Macam hangus terbakar. Ada yang kulit muka jadi kemerahan dan semakin nipis. Tak boleh disentuh dan terasa sangat pedih.
- Semua ini berlaku apabila menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti hidrokuinon dan merkuri. Dua bahan ini digunakan untuk menampakkan kesan segera kepada kulit wajah. Tetapi ia bukan merawat. Ia menghakis lapisan kulit yang tidak sepatutnya.
- Perlu jelas lapisan kulit anda yang paling luar dipanggil epidermis. Lapisan ini sangat nipis. Epidermis ini pula terbahagi kepada lima lapisan. Lapisan paling luar dipanggil stratum korneum. Lapisan paling dalam adalah stratum basal.
- Sel kulit yang baru akan terhasil setiap hari di stratum basal. Kemudian sel ini mengambil masa 28 hari untuk menjadi sel mati dan akan berada di stratum korneum. Jadi sel kulit mati pada hari ini, adalah sel kulit yang terhasil 28 hari yang lalu. Dan rutin ini berlaku setiap hari.
- Yang perlu dibuang adalah sel kulit mati ini. Setiap hari akan ada sel kulit mati yang perlu dibuang. Apa yang berlaku, produk yang mengandungi bahan berbahaya ini bukan sahaja membersihkan sel kulit mati, tetapi menghakis lapisan kulit yang tidak sepatutnya.
- Kulit akan jadi semakin nipis dan tiada pelindung. Sebab itulah anda akan terasa sangat pedih. Dari lima lapisan dalam epidermis, hanya tinggal tiga lapisan sahaja. Dan lapisan yang tidak cukup ini sangat berbahaya kepada kulit muka.
- Kulit muka juga menjadi gelap kerana produk yang mengandungi hidrokuinon menghalang penghasilan melanin supaya kulit menjadi cerah. Melanin adalah pigmen yang berwarna gelap yang dihasilkan untuk melindungi kulit dari sinar UV. Hapuskan melanin, tiada lagi pigmen yang berwarna gelap dan kulit akan menjadi cerah.
- Tetapi hal ini akan mengganggu fisiologi kulit. Melanin sangat diperlukan oleh kulit untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Kulit akan terdedah kepada bahaya sinar UV jika tiada pelindung dari melanin.
- Apabila anda mula berhenti dari memakai produk yang menghalang penghasilan melanin, sel melanosit mula menghasilkan melanin secara mendadak dan banyak. Semua ini untuk melindungi kulit anda kerana kulit sudah tiada pelindung.
- Penghasilan melanin yang berlebihan ini akan menyebabkan kulit menjadi semakin gelap dan kelihatan seolah-olah terbakar. Jika anda tahu yang kulit anda terdedah kepada sinar UV tanpa pelindung, maka warna kulit yang semakin gelap adalah perkara yang betul dan tepat. Inilah fisiologi kulit yang betul dan terjadi secara semulajadi.
BB Cushion SPF50 PA+++
DerMAGs BB Cushion SPF50 PA+++ adalah bedak asas kusyen yang mampu untuk perlindungan secara total dari sinaran UV selain meningkatkan keserian wajah secara semulajadi.
- Bertindak sebagai bedak asas perlindungan wajah
- Mencerahkan dan melembapkan wajah
- Menutup cela, parut, jeragat, dan jerawat pada wajah
- Membantu menganjalkan dan meremajakan kulit wajah
- Melindungi kulit wajah secara total dari sinaran UV berbahaya
- Membantu menjadikan muka bebas cela dan tidak berminyak
- Membantu menaikkan keserian wajah secara semuladi
Cara penggunaan:
Sapukan wajah menggunakan puff yang disediakan dan sekatakan pada keseluruhan wajah.
Urutan Penggunaan:
Cleanser > Skin Softener > Serum > Refining Cream > BB Cushion
Intensive Refining Cream
DERMAGs Intensive Refining Cream membantu mengembalikan keseimbangan lembapan pada kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit yang cerah, halus, dan gebu.
- Melindungi kulit wajah daripada dehidrasi, kotoran, dan pencemaran alam sekitar.
- Melindungi kulit wajah daripada sinaran UVA/UVB yang merbahaya.
- Membantu mencegah penuaan pramatang.
- Bertindak sebagai perlindungan untuk menutup kesan parut dan jeragat pada kulit wajah.
Cara penggunaan (siang hari):
Sapukan secara nipis dan sekatakan dengan gerakan memijat pada keseluruhan kulit wajah.
Intensive Brightening Serum
DERMAGs Intensive Brightening Serum adalah serum penjagaan kulit wajah yang berupaya memberi kuasa serapan maksima 200% lebih berkesan untuk mencerah kulit wajah dan memperbaiki sel kulit.
- Mencerahkan kulit wajah secara sekata
- Merawat masalah kulit wajah (parut, jeragat, jerawat, kesan terbakar, dan lain-lain)
- Mengecilkan liang pori
- Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
- Mengimbangi lebihan minyak
- Mengatasi kulit kering dan kusam
- Memulihkan sel kulit yang rosak
- Menyerlahkan keserian kulit wajah secara semulajadi
CARA GUNA
Picit 3-5 titis ke seluruh wajah dan leher dan ratakan secara lembut. Biarkan serapan serum pada wajah sehingga kering.
Intensive Brightening Skin Softener
DERMAGS Intensive Brightening Skin Softener adalah toner yang diformulasi untuk memberi kesan efektif kesegaran dan pencerahan wajah serta kelembapan maksima sepanjang hari.
- Membantu mengimbangi pH kulit wajah
- Mengecilkan liang-liang pori yang terbuka selepas proses mencuci muka
- Memberikan lapisan pelindung pada kulit daripada terdedah dengan mineral seperti klorin
- Semasa membersihkan wajah
- Mencerahkan wajah secara sekata
- Melembapkan kulit sehingga mengurangi kekeringan apabila terdedah dengan sinar UV
Urutan Penggunaan
Cleanser > Skin Softener > Serum > Refining Cream > BB Cushion
Intensive Brightening Cleanser
DERMAGs Intensive Brightening Cleanser adalah pembersih wajah bertekstur ringan dan halus yang sesuai untuk semua jenis kulit.
- Membantu menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori.
- Mengimbangi lebihan minyak yang terdapat pada kulit.
- Mencerahkan kulit secara semulajadi.
- Menjadikan kulit lebih sihat, segar, bersinar, dan awet muda.
Urutan Penggunaan :
Cleanser > Skin Softener > Serum > Refining Cream > BB Cushion
7 MANFAAT UTAMA DERMAGS HYDRATING MOISTURISER
(Produk Bertaraf Dunia)
(Produk Bertaraf Dunia)
1.
Melembabkan
wajah Manfaat pelembab wajah sudah pasti adalah untuk melembabkan wajah
anda. Setelah seharian berada di luar, maka kulit wajah anda mungkin akan
terasa tidak selesa, sehingga anda memerlukan pelembab wajah agar kulit wajah,
selalu nampak segar.
2.
Mencegah
kulit wajah menjadi kering Manfaat lainnya dari pelembab wajah adalah dapat
mencegah kulit wajah anda menjadi kering. Biasanya kulit wajah yang kering akan
menyebabkan tekstur kulit terasa kasar dan juga pedih ketika tergaru. Hal ini
tentu dapat menyebabkan kulit wajah anda mungkin mengalami luka apabila anda
menggaru wajah anda dalam keadaan kering. Maka dari itu dengan menggunakan
pelembab wajah, kulit anda akan terasa lembab dan juga tidak kering, sehingga
tidak akan mengalami luka ketika menggaru kulit.
3.
Menutrisi
kulit wajah Manfaat pelembab wajah juga memiliki beberapa kandungan mineral
dan juga vitamin yang baik untuk kesihatan kulit wajah. Hal ini tentu saja
dapat menyebabkan kulit wajah dapat ternutrisi dengan baik dan optimum. Namun
demikian, untuk memperoleh kesihatan kulit wajah yang optimum kita memerlukan
pola makan yang teratur dan penuh gizi, sehingga dapat lebih mengoptimumkan
kesihatan dari kulit wajah anda.
4.
Membersihkan
wajah dari debu dan kekotoran Ada baiknya, untuk membersihkan wajah anda
dari kotoran dan juga debu, anda dapat mencuci wajah anda terlebih dahulu.
Setelah mencuci wajah anda, anda dapat mengeringkan wajah anda, kemudian
sapukan pelembab. Hal ini dapat membantu menjaga kotoran dan debu melekat
kembali ke wajah anda.
5.
Menyegarkan
wajah Menggunakan pelembab wajah juga memiliki manfaat yang sangat baik
untuk menyegarkan wajah. Rasa yang sejuk dan juga menyegarkan, Manfaat pelembab
wajah dapat dijadikan alternatif bagi anda untuk menyegarkan wajah, tanpa perlu
susah mencuci muka. Selain itu, pelembab wajah juga sangat sesuai untuk
digunakan tanpa perlu dibilas dengan air dan tanpa perlu menggunakan alat
khusus.
6.
Menghaluskan
kulit wajah Manfaat lainnya yang dapat diperoleh dari pelembab wajah adalah
dapat membantu menghaluskan kulit wajah. Kulit wajah yang lebih halus tentu
saja akan sangat meningkatkan rasa keyakinan diri dan dapat membuat anda
menjadi lebih menarik .
7.
Mencegah
penuaan awal Manfaat lain dari pelembab wajah adalah dapat membantu
mengurangi gejala penuaan awal. Dengan menggunakan pelembab wajah secara
teratur, maka anda dapat mencegah munculnya penuaan awal. iaitu kulit yang mula
menjadi keriput, munculnya garis-garis pada wajah, dan juga munculnya bintik
hitam pada wajah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
7 MANFAAT UTAMA DERMAGS HYDRATING MOISTURISER (Produk Bertaraf Dunia) 1. Melembabkan wajah Manfaat pelembab wajah su...