Saturday, June 30, 2018

KULIT MUKA ROSAK TERUK SELEPAS GUNA PRODUK LAIN. BOLEHKAH DERMAGS PULIHKAN KEMBALI? BAGAIMANA DAN BERAPA LAMA?



  • Kulit muka rosak teruk jika menggunakan produk yang mengganggu fisiologi kulit. Kulit muka jadi semakin gelap. Macam hangus terbakar. Ada yang kulit muka jadi kemerahan dan semakin nipis. Tak boleh disentuh dan terasa sangat pedih.
  • Semua ini berlaku apabila menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti hidrokuinon dan merkuri. Dua bahan ini digunakan untuk menampakkan kesan segera kepada kulit wajah. Tetapi ia bukan merawat. Ia menghakis lapisan kulit yang tidak sepatutnya.
  • Perlu jelas lapisan kulit anda yang paling luar dipanggil epidermis. Lapisan ini sangat nipis. Epidermis ini pula terbahagi kepada lima lapisan. Lapisan paling luar dipanggil stratum korneum. Lapisan paling dalam adalah stratum basal.
  • Sel kulit yang baru akan terhasil setiap hari di stratum basal. Kemudian sel ini mengambil masa 28 hari untuk menjadi sel mati dan akan berada di stratum korneum. Jadi sel kulit mati pada hari ini, adalah sel kulit yang terhasil 28 hari yang lalu. Dan rutin ini berlaku setiap hari.
  • Yang perlu dibuang adalah sel kulit mati ini. Setiap hari akan ada sel kulit mati yang perlu dibuang. Apa yang berlaku, produk yang mengandungi bahan berbahaya ini bukan sahaja membersihkan sel kulit mati, tetapi menghakis lapisan kulit yang tidak sepatutnya.
  • Kulit akan jadi semakin nipis dan tiada pelindung. Sebab itulah anda akan terasa sangat pedih. Dari lima lapisan dalam epidermis, hanya tinggal tiga lapisan sahaja. Dan lapisan yang tidak cukup ini sangat berbahaya kepada kulit muka.
  •  Kulit muka juga menjadi gelap kerana produk yang mengandungi hidrokuinon menghalang penghasilan melanin supaya kulit menjadi cerah. Melanin adalah pigmen yang berwarna gelap yang dihasilkan untuk melindungi kulit dari sinar UV. Hapuskan melanin, tiada lagi pigmen yang berwarna gelap dan kulit akan menjadi cerah.
  • Tetapi hal ini akan mengganggu fisiologi kulit. Melanin sangat diperlukan oleh kulit untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Kulit akan terdedah kepada bahaya sinar UV jika tiada pelindung dari melanin.
  • Apabila anda mula berhenti dari memakai produk yang menghalang penghasilan melanin, sel melanosit mula menghasilkan melanin secara mendadak dan banyak. Semua ini untuk melindungi kulit anda kerana kulit sudah tiada pelindung.
  • Penghasilan melanin yang berlebihan ini akan menyebabkan kulit menjadi semakin gelap dan kelihatan seolah-olah terbakar. Jika anda tahu yang kulit anda terdedah kepada sinar UV tanpa pelindung, maka warna kulit yang semakin gelap adalah perkara yang betul dan tepat. Inilah fisiologi kulit yang betul dan terjadi secara semulajadi.


No comments:

Post a Comment

Demo Facial step