Sunday, July 1, 2018

Dermags ni sesuai untuk jenis kulit yang mcm mana?



JAWAPAN:
Dermags sesuai digunakan oleh kulit normal, kering, ataupun berminyak.

PENERANGAN LANJUT daripada DR MARIANI ABDUL HAMID:

Pemilihan skincare product yang betul adalah sangat penting bagi memastikan masalah kulit yang dihadapi (jerawat/jeragat/kusam/tona tak sekata/parut jerawat/etc) dapat diatasi dengan berkesan.

Contohnya, produk yang melembapkan kulit tidak sesuai digunakan oleh pengguna yang mengalami masalah jerawat kerana boleh meningkatkan kandungan sebum, & seterusnya mengembang biakkan jerawat yang ada. Begitu juga dengan masalah jeragat. Jeragat tidak sesuai dengan produk yang mengeringkan kulit kerana kulit kering adalah sahabat baik kepada jeragat.

Kami faham ramai pengguna yang mengalami masalah untuk memilih produk yang betul kerana kelembapan kulit manusia tidak bersifat statik. Ada ketikanya kulit boleh menjadi kering, berminyak, ataupun normal bergantung pada beberapa faktor seperti perubahan corak pemakanan, keadaan persekitaran, atau gaya hidup.

Keadaan ni secara asasnya memerlukan pengguna berbelanja lebih supaya dapat menggunakan set skincare yang sesuai untuk digunakan pada keadaan kulit yang berbeza.

Bagi mengatasi masalah ini, Dermags dihasilkan supaya dapat memenuhi keperluan ketiga-tiga jenis kulit ini. Ini bermakna anda tak perlu risau lagi sekiranya kulit anda agak berminyak pada minggu ini, tetapi terasa kering pada minggu hadapan.


Anda hanya perlu bijak menyesuaikan penggunaan 5 item asas Dermags (Cleanser, Softener, Serum, Moisturizer & Cream) mengikut keadaan semasa kulit anda.

🌸Ketika kelembapan kulit anda berkeadaan NORMAL🌸
Anda boleh menggunakan keempat-empat item mengikut turutan ini:
Cleanser ~ Softener ~ Serum ~ Cream

🌸Ketika merasakan kulit anda KERING🌸
Anda hanya perlu langkau sementara penggunaan softener, & gunakan 4 item lain mengikut turutan ini:
Cleanser ~ Serum ~ Moisturizer ~ Cream

🌸Ketika merasakan kulit anda BERMINYAK🌸
Anda hanya perlu hentikan sementara penggunaan cream, & gunakan 3 item lain mengikut turutan ini:
Cleanser ~ Softener ~ Serum

No comments:

Post a Comment

Demo Facial step