Monday, July 2, 2018
Sunday, July 1, 2018
Dermags ni sesuai untuk jenis kulit yang mcm mana?
JAWAPAN:
Dermags sesuai digunakan oleh kulit normal, kering, ataupun
berminyak.
PENERANGAN LANJUT daripada DR MARIANI ABDUL HAMID:
Pemilihan skincare product yang betul adalah sangat penting
bagi memastikan masalah kulit yang dihadapi (jerawat/jeragat/kusam/tona tak
sekata/parut jerawat/etc) dapat diatasi dengan berkesan.
Contohnya, produk yang melembapkan kulit tidak sesuai
digunakan oleh pengguna yang mengalami masalah jerawat kerana boleh meningkatkan
kandungan sebum, & seterusnya mengembang biakkan jerawat yang ada. Begitu
juga dengan masalah jeragat. Jeragat tidak sesuai dengan produk yang
mengeringkan kulit kerana kulit kering adalah sahabat baik kepada jeragat.
Kami faham ramai pengguna yang mengalami masalah untuk memilih
produk yang betul kerana kelembapan kulit manusia tidak bersifat statik. Ada
ketikanya kulit boleh menjadi kering, berminyak, ataupun normal bergantung pada
beberapa faktor seperti perubahan corak pemakanan, keadaan persekitaran, atau
gaya hidup.
Keadaan ni secara asasnya memerlukan pengguna berbelanja
lebih supaya dapat menggunakan set skincare yang sesuai untuk digunakan pada
keadaan kulit yang berbeza.
Bagi mengatasi masalah ini, Dermags dihasilkan supaya dapat
memenuhi keperluan ketiga-tiga jenis kulit ini. Ini bermakna anda tak perlu
risau lagi sekiranya kulit anda agak berminyak pada minggu ini, tetapi terasa
kering pada minggu hadapan.
Anda hanya perlu bijak menyesuaikan penggunaan 5 item asas
Dermags (Cleanser, Softener, Serum, Moisturizer & Cream) mengikut keadaan
semasa kulit anda.
🌸Ketika kelembapan kulit
anda berkeadaan NORMAL🌸
Anda boleh menggunakan keempat-empat item mengikut turutan
ini:
Cleanser ~ Softener ~ Serum ~ Cream
🌸Ketika merasakan kulit
anda KERING🌸
Anda hanya perlu langkau sementara penggunaan softener,
& gunakan 4 item lain mengikut turutan ini:
Cleanser ~ Serum ~ Moisturizer ~ Cream
🌸Ketika merasakan kulit
anda BERMINYAK🌸
Anda hanya perlu hentikan sementara penggunaan cream, &
gunakan 3 item lain mengikut turutan ini:
Cleanser ~ Softener ~ Serum
5 CARA ATASI PUNCA JERAGAT YANG PERLU DIKETAHUI
1. MATAHARI
Elakkan diri dari cahaya matahari. Jika perlu bekerja dan perlu
terdedah kepada cahaya matahari, cari produk yang dapat lindungi kulit wajah
dari cahaya matahari.
Guna produk yang mempunyai SUN PROTECTOR FACTOR (SPF).
Seeloknya produk yang diyakini dan selamat.
2. KEHAMILAN
Sewaktu kehamilan, hormon mula berlaku perubahan. Orang
hamil memang istimewa. Macam-macam perkara luar biasa boleh berlaku.
Selepas kehamilan, jika jeragat masih ada, boleh cuba
gunakan serum. Serum boleh membantu menguatkan sel kulit dari dalam.
Seeloknya, serum tersebut ada alpha-mags. Alpha-mags adalah
sejenis bahan aktif yang dapat mengurangkan penghasilan melanin.
3. RAWATAN HORMON
Setelah menggunakan pil perancang, hormon akan berlaku
perubahan. Ketika ini, emosi juga mungkin boleh terganggu. Tambah lagi dengan
karenah anak kecil yang pelbagai, cukup untuk buat rasa stress dan penat.
Tiada cara lain. Cuba kawal emosi. Usah stress dengan
anak-anak. Sentiasa baca tips-tips parenting supaya tahu kenapa anak mengamuk,
kenapa anak selerakkan mainan dan sebagainya.
Bila tahu tentang psikologi anak, keadaan akan jadi lebih
tenang dan pasti dapat kawal emosi dengan lebih baik.
4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH
Perlu ubah mindset dalam diri. Tak ada yang segera dalam
dapatkan hasil. Kulit wajah ada fisiologinya. Ada jangka masa tertentu untuk
sel kulit menjadi sel mati.
Usah terpedaya dengan iklan yang HYPE. Guna hari ni, esok
terus nampak hasil. Guna hari ni, lusa dah pudar. Semua itu melanggar fisiologi
kulit.
Gunalah produk semulajadi. Kesannya memang lambat tetapi
selamat. Itu yang paling penting. SELAMAT!
Berhenti tukar- tukar produk. Kesian kat kulit wajah.
Sekejap produk tu, sekejap produk ni. Kulit wajah pun boleh terganggu dengan
penukaran produk yang kerap.
5. PENJAGAAN MUKA YANG TAK BERTERUSAN
Sekali lagi, mula rasa tak sempat. Anak dah masuk tiga. Rasa
tak ada masa. Anak adalah faktor luaran yang tak boleh diubah. Ubah diri
sendiri.
Buat satu rutin dan cuba disiplinkan diri. Bersihkan wajah
secara konsisten. Satu pagi, satu malam contohnya. Ataupun boleh bersihkan
wajah setiap kali ambil wuduk.
Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Ingat! Wajah bukan
boleh ditukar ganti. Lebih baik bermula sekarang daripada biarkan jeragat
semakin teruk.
Itulah antara 5 punca jeragat dan 5 cara atasi untuk ibu
yang ada anak tiga. Usah bertangguh. Atasi punca jeragat dari awal.
Kongsilah tips ini kepada ibu-ibu lain juga. Mungkin 5 tips
ini bermanfaat juga kepada ibu-ibu lain.
5 PUNCA JERAGAT YANG PERLU DIKETAHUI
1. MATAHARI
Cahaya matahari mengandungi sinar UVA dan UVB. UVA boleh
merosakkan sel bawah kulit manakala UVB pula merosakkan sel luar kulit.
Sebenarnya kulit secara semulajadi akan menghasilkan melanin
untuk melindungi kulit dari sinar UV. Melanin ini berwarna gelap kerana warna
gelap menyerap UV lebih sedikit berbanding warna cerah.
Melanin baik untuk kulit wajah. Masalah muncul bila melanin dihasilkan
terlalu banyak dan menjadi bertompok-tompok.
2. KEHAMILAN
Ketika hamil, hormon akan menjadi tak menentu. Perubahan
hormon juga boleh menyebabkan jeragat.
Setengah jeragat akan hilang selepas kehamilan. Tetapi ada
juga yang terus mengalami masalah jeragat selepas kehamilan.
3. RAWATAN HORMON
Perubahan hormon juga berlaku apabila mengambil pil hormon
ataupun pil perancang. Tujuannya mungkin nak kawal kehamilan selepas anak
ketiga dan perlu menggunakan pil perancang.
Hormon yang tak seimbang ataupun perubahan hormon ini juga
boleh menyebabkan jeragat terjadi.
4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH
Mula kekurangan masa apabila anak mula ramai. Mula nak cepat
dalam melakukan sesuatu perkara. Nak cepat cantik. Nak cepat bersih dan
macam-macam lagi.
Ketika ini, mula memilih produk yang salah. Hingga tersalah
pilih produk yang ada bahan kimia bahaya. Mungkin juga selalu tukar-tukar
produk.
5. PENJAGAAN MUKA YANG TAK BERTERUSAN
Kerana sibuk dengan karenah anak-anak, mula abaikan
penjagaan wajah. Tak jaga kebersihan wajah. Rasa tak sempat. Rasa tak perlu.
Jika bekerja, balik rumah selepas kerja dan terus tidur
kerana penat. Sikap sambil lewa dalam penjagaan wajah juga boleh menyebabkan
jeragat.
Punca jeragat sudah diketahui. Jika ingin selesaikan masalah
jeragat, perlu tahu cara untuk atasi punca jeragat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
7 MANFAAT UTAMA DERMAGS HYDRATING MOISTURISER (Produk Bertaraf Dunia) 1. Melembabkan wajah Manfaat pelembab wajah su...